KUALA LUMPUR: Penerbitan secara langsung program Hijrah Berselawat yang disiarkan TV AlHijrah malam tadi manifestasi rakyat Malaysia beragama Islam mendamba kasih sayang dan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu’alaihi Wassalam, apatah lagi data menunjukkan golongan paling ramai menonton adalah dalam kalangan belia.
Maklumat awal daripada Facebook itu menunjukkan rata-rata penonton yang menyaksikan Hijrah Berselawat menerusi FB Live adalah dalam kategori 25 hingga 34 tahun.
Program itu disiarkan secara langsung di TV AlHijrah jam 9 malam tadi selama hampir dua jam, sempena sambutan Maulidur Rasul 1442 hijrah hari ini, 12 Rabiul Awwal.
Rata-rata penonton yang memberikan komen di Facebook ketika program berkenaan disiarkan secara langsung di platform itu juga menyuarakan rasa hiba, terharu dan bersyukur dengan pengisian menarik yang dimuatkan.
Menganggap penyampaian pendakwah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menerusi tausiahnya sebagai amat menyentuh hati, penonton turut terkesan dengan cara penceritaan kisah-kisah sirah Nabi Muhammad yang disampaikannya.
Antara sirah yang diceritakan Ustaz Don Daniyal adalah kisah tentera Abrahah yang cuba menghancurkan Kaabah, kisah kelahiran Nabi Muhammad dan kisah bagaimana baginda dicaci, dimaki serta dilempar batu di Taif hingga cedera.
Bukan itu sahaja, alunan zikir, puji-pujian dan selawat turut mencuri perhatian, apatah lagi dendangan irama yang biasa didengari setiap hari oleh masyarakat Islam di negara ini dipersembahkan gabungan artis nasyid popular tanah air dengan artis-artis undangan tersohor.
Selain Ustaz Don Daniyal, Hijrah Berselawat turut menampilkan kumpulan Nasyid Inteam, Zayne, Lah Ahmad, Naim Daniel, Al Mawlid dan ramai lagi.
Sambutan luar biasa program keagamaan seperti Hijrah Berselawat itu turut diterjemah apabila data awal Facebook menunjukkan ia berjaya mencatat reach 1.2 juta orang dengan lebih 27,000 perkongsian di Facebook, setakat laporan ini ditulis.
Manakala hampir 8,000 komen diterima yang rata-ratanya turut sama berselawat, dan menzahirkan puji-pujian kepada Rasulullah.
Tidak terkecuali, ramai bersyukur dan berterima kasih kepada TV AlHijrah kerana menyiarkan program hiburan berkonsepkan dakwah itu. Berdasarkan tahun-tahun sebelumnya, program berbentuk qasidah dan selawat sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam tanah air.
Sementara itu, penerbit Hijrah Berselawat, Nurainah Nabeeha Hassan berkata, uniknya program itu adalah peluang yang diberikan kepada penonton di rumah untuk sama-sama merasai suasana di studio.
“Disebabkan ia dianjurkan di dalam studio di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kuala Lumpur tanpa kehadiran penonton berikutan pematuhan SOP penganjuran majlis, TV AlHijrah buka peluang kepada penonton di rumah menyertai program berkenaan menerusi aplikasi Zoom.”
Ia membolehkan penonton sama-sama mendendangkan selawat diselang seli dengan penghayatan tausiah, sambil paparan wajah mereka dipertontonkan dari semasa ke semasa ketika siaran langsung berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris pula berterima kasih kepada semua penonton di atas sokongan yang ditunjukkan. Beliau menyifatkan program Hijrah Berselawat sebagai satu lagi kejayaan program hiburan berunsur dakwah yang berjaya menggamit perhatian penonton.
“Ini merupakan program penghayatan yang penuh dengan roh dan merupakan karya yang sangat menusuk jiwa dan kalbu.”
Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Hijrah Berselawat akan diulang siar di TV AlHijrah pada Ahad ini (1 November), jam 9.30 malam. Program berkenaan dibawakan khas oleh jenama pakaian milik Bumiputra terkemuka, Jakel.
Selain Hijrah Berselawat, pelbagai lagi pengisian menarik akan ditayangkan TV AlHijrah sempena kempen Maulidur Rasul, antaranya Assalamualaikum Khas Maulidur Rasul, Sentuhan Kalbu bersama Habib Ali, E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat musim ketiga, Bioskop Hijrah: Latitud 6 dan My#Qurantime Special. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests