AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN MAULIDUR RASUL BUAT RAKYAT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sambutan Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.

Ucapan tersebut dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam.

“Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.”

“Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW.

“Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” menurut hantaran tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul 1442H tahun ini bertemakan ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’.–AlHijrah Online

Leave a Reply