HILANG STATUS VAKSINASI LENGKAP TETAPI BOLEH LAKUKAN AKTIVITI DIBENARKAN
KUALA LUMPUR: Individu yang bakal kehilangan status vaksinasi lengkap pada 1 April 2022 kerana masih belum menerima dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
KUALA LUMPUR: Individu yang bakal kehilangan status vaksinasi lengkap pada 1 April 2022 kerana belum menerima dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.
“Mereka masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat.
“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya pelanggan atau pengunjung yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis perniagaan, rumah ibadat dan lain-lain yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi warganegara yang hilang status lengkap vaksin.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kumpulan individu yang akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera ialah penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas.
Khairy dalam pada itu menegaskan SOP terbaharu itu bagaimanapun bukan bermaksud penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.
“Data penilaian yang dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 menurun sehingga 20 peratus bagi dua dos vaksin Pfizer dan 48 peratus bagi dua dos vaksin Sinovac dalam tempoh 3 hingga 5 bulan selepas vaksinasi primer.
“Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan COVID-19,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests