Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“TERIMA KASIH DOKTOR, KALIAN HERO KELUARGA MALAYSIA”

DALAM NEGARA

“TERIMA KASIH DOKTOR, KALIAN HERO KELUARGA MALAYSIA”

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Bersempena Hari Doktor Sedunia yang disambut hari ini, beliau berkata jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam soal merawat bahkan meliputi soal menyelamatkan nyawa.

“Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda COVID-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada. Kalian adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa kami semua,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Hari Doktor Sedunia disambut pada 30 Mac setiap tahun.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading