Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HINA ANGGOTA KESELAMATAN: PPIM MOHON MAAF KENYATAAN ASRI JANGGUT

DALAM NEGARA

HINA ANGGOTA KESELAMATAN: PPIM MOHON MAAF KENYATAAN ASRI JANGGUT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memohon maaf atas kenyataan Asri Janggut yang mengguris perasaan anggota keselamatan.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi persatuan itu, PPIM memaklumkan kenyataan Asri adalah pendiriannya sendiri dan tidak mewakili persatuan.

“Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin memohon jutaan maaf terutamanya kepada anggota polis, anggota tentera, anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kata-kata
En Asri Janggut yang sangat tidak wajar dan tidak berasas.

“Kami di PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya,” jelas PPIM.

Persatuan itu juga memaklumkan mereka mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan kerana sebahagian kenyataannya dibuat semasa di platform PPIM.

“Kami sangat terkilan dengan perkara ini dan sekali lagi memohon jutaan kemaafan daripada semua atas sebarang tindakan yang tidak wajar,” maklum PPIM.

Asri Janggut sebelum ini dipuji netizen kerana berani mendedahkan operasi perniagaan haram jualan rokok seludup dan kedai mesin judi di Sungai Buloh hingga mengakibatkan beberapa anggota penguatkuasa ditahan kerana disyaki melindungi perniagaan berkenaan.

Bagaimanapun semalam tular video yang mengundang kecaman netizen apabila dia mendakwa kebanyakan anggota keselamatan tidak menjaga solat.

Susulan itu Asri kemudian memohon maaf atas ketelanjuran katanya dan mengakui kesilapannya. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading