Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HISAP GAM DALAM KERETA, PASANGAN SUAMI ISTERI DISIASAT POLIS

DALAM NEGARA

HISAP GAM DALAM KERETA, PASANGAN SUAMI ISTERI DISIASAT POLIS

MELAKA: Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Tangkap layar video dua individu yang didakwa sedang menghidu sesuatu dalam plastik ketika memandu. 

MELAKA: Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Okt lepas.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Melaka Tengah pergi ke Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan berjumpa pemilik kenderaan yang ditularkan itu pada 11 malam 8 Okt lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Pemandu dan penumpang kenderaan itu telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Melaka Tengah, namun saringan air kencing negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana kesalahan kedudukan pemandu semasa memandu tidak membolehkan kenderaan dikawal dengan sempurna.

Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading