Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HTAR ‘TERIMA MENANTU’, PESAKIT DIIJAB KABUL DI WAD HOSPITAL

DALAM NEGARA

HTAR ‘TERIMA MENANTU’, PESAKIT DIIJAB KABUL DI WAD HOSPITAL

Suasana penuh kehangatan keluarga dan sokongan rakan-rakan menjadikan momen ini lebih istimewa, walaupun berada di tengah-tengah persekitaran hospital.

Sumber Gambar: HTAR

KLANG: Satu sesi akad nikah yang menyentuh hati berlangsung di Wad 1B, Bangunan Utama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, selepas seorang pesakit lelaki selamat diijab kabul bersama pasangan hidupnya.

Majlis tersebut berlangsung sekitar jam 3.30 petang pada 30 Januari lepas, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak dalam suasana sederhana namun penuh kesyukuran dan emosi.

“Suasana penuh kehangatan keluarga dan sokongan rakan-rakan menjadikan momen ini lebih istimewa, walaupun berada di tengah-tengah persekitaran hospital.

“Semoga pasangan ini dikurniakan keberkatan dalam perkahwinan mereka, dan semoga pesakit dipermudahkan proses pemulihan serta dikurniakan kesembuhan yang berterusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Dilaporkan majlis tersebut dilaksanakan dengan kebenaran pengurusan tertinggi hospital dan diuruskan kakitangan HTAR dalam memastikan majlis berjalan lancar dan selesa untuk semua yang terlibat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading