Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUBUNGI PEGAWAI DAERAH UNTUK DAFTAR, TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

DALAM NEGARA

HUBUNGI PEGAWAI DAERAH UNTUK DAFTAR, TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang masih belum mendaftar atau menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan boleh menghubungi pegawai daerah masing-masing dengan segera.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima BWI setakat jam 12 tengah hari Isnin 3 Januari.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” menurut ciapannya di Twitter.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan wang tunai RM1,000 buat ketua isi rumah di kawasan banjir sementara keluarga mangsa yang terkorban akibat banjir akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.

Kerajaan juga memberikan rebat 100 peratus ke atas tarif elektrik kepada mangsa banjir bagi bil bulan Disember.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading