Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUSAT KUARANTIN COVID-19 DI KEM PELARIAN ROHINGYA TERBAKAR

DUNIA

PUSAT KUARANTIN COVID-19 DI KEM PELARIAN ROHINGYA TERBAKAR

DHAKA: Pusat kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingnya di Bangladesh musnah akibat kebakaran, pada malam Ahad.

Bagaimanapun kesemua 12 pesakit di pusat itu dilaporkan tidak cedera.

“Kebakaran berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan dan kami berjaya memadamkannya selepas dua jam bertungkus-lumus bersama-sama pelarian Rohingya dan penduduk tempatan,” kata pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Ukhiya di Cox’s Bazaar.

Semua 12 pelarian Rohingya yang dikuarantin di pusat itu dipindahkan ke lokasi lain.

Setakat ini, bomba masih menyiasat punca kejadian yang dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading