Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUTANG TERTUNGGAK 3 TAHUN PUNCA ‘RIDER’ TENDANG, ROSAKKAN MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

HUTANG TERTUNGGAK 3 TAHUN PUNCA ‘RIDER’ TENDANG, ROSAKKAN MOTOSIKAL

Aksi tular penunggang p-hailing merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli belah di Puchong berpunca tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.

SERDANG: Aksi tular penunggang p-hailing merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli belah di Puchong berpunca tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.10 petang pada 11 September lalu.

Katanya ia disebabkan pemilik motosikal tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal disebabkan mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

“Lelaki itu tendang motosikal sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.

“Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular video memaparkan seorang ‘rider’ Foodpanda yang merosakkan motosikalnya dengan menyepak sehingga pecah beberapa bahagian motosikalnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading