Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU BAPA KANAK-KANAK AUTISME, ZAYN RAYYAN DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

IBU BAPA KANAK-KANAK AUTISME, ZAYN RAYYAN DIREMAN TUJUH HARI

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan terhadap dua individu terbabit berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang…ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading