Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU MUDA DIDAKWA BUNUH ANAK 18 BULAN

DALAM NEGARA

IBU MUDA DIDAKWA BUNUH ANAK 18 BULAN

Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya berumur setahun enam bulan di Cyberjaya, minggu lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya berumur setahun enam bulan di Cyberjaya, minggu lepas.

Umishahirah Khalid, 20, yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman yang menjalankan tugas sebagai majistret bagi kes tersebut. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kerani swasta itu didakwa membunuh anak kandung lelakinya di sebuah unit kondominium di Cyberjaya antara 5.52 petang, 11 Jan hingga 11.30 pagi, 12 Jan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili oleh peguam Johan Radzi yang menggantikan peguam utamanya Farhana Abdul Halim.

Nur Sabrina memohon kepada mahkamah agar tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Ahmad Fuad yang membenarkan permohonan pihak pendakwaan, menetapkan 20 Mac sebagai tarikh sebutan kes dan penyerahan laporan perubatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading