IBU TUNGGAL DAN RAKAN DIDAKWA ANIAYA, ABAI ANAK BERUSIA TUJUH TAHUN
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang Johor Bahru.
Ibu tunggal Nurul Asyiqin Mohamad Zahir (tengah) dan rakan wanitanya Awiin Chua (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini.
Bagi pertuduhan pertama Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakan warga Singapura Awiin Chua, 30, didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Pertuduhan kedua pula, dua wanita yang masing-masing seorang suri rumah dan juruteknik di sebuah kilang itu didakwa mencapai niat bersama telah mengabaikan kanak-kanak berkenaan yang di bawah penjagaan mereka.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir mencadangkan kepada mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka dilarang mendekati atau berhubung dengan mangsa.
Menurut Nur Diyana, tertuduh pertama adalah ibu kandung mangsa yang telah mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan datuk dan nenek di Pokok Sena, Kedah sebelum dibawa ke Johor, namun dalam penjagaannya, dia gagal menjaga mangsa sehingga terdapat kecederaan fizikal serta diabaikan.
“Tertuduh kedua pula merupakan seorang warga Singapura yang tinggal serumah dengan tertuduh pertama, walaupun tiada pertalian darah tetapi tertuduh turut diberi tanggungjawab menjaga mangsa.
Kanak-kanak itu kini di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan dijaga bapa saudaranya sementara menunggu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memutuskan hak penjagaan mangsa,” katanya.
Peguam Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua tertuduh membantah kenyataan pendakwaan bahawa tertuduh pertama telah melarikan mangsa sedangkan tempat seorang anak memang adalah bersama ibu kandungnya.
“Tiada risiko tertuduh pertama akan mengganggu mangsa kerana hak penjagaan ditentukan JKM, dia juga tidak mungkin melarikan diri kerana tidak lagi bekerja sejak dua bulan lepas, malah dia juga tidak mempunyai pasport tetapi mempunyai seorang lagi anak (perempuan) berusia sembilan tahun.
Bagi tertuduh kedua pula, dia masih bekerja di Singapura namun menetap di Pasir Gudang dan mempunyai pasport serta permit yang sah untuk berada di dalam negara,” katanya.
Hakim Fatimah Zahari kemudian membenarkan Nurul Asyiqin diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala Awiin dibenarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-dua wanita terbabit perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan diberi amaran supaya tidak boleh mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 27 Sept depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa daripada HSI.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.