Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMARET BANTU TINGKATKAN KAPASITI KESIHATAN DI LABUAN

DALAM NEGARA

IMARET BANTU TINGKATKAN KAPASITI KESIHATAN DI LABUAN

LABUAN: Imam Response & Relief Team (IMARET) melalui kerjasama MAS Kargo telah menghantar lebih 5,000 keperluan perubatan PPE bernilai RM65,000 kepada Hospital Labuan. 

Menurut IMARET, ia merupakan sumbangan fasa kedua pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) itu kepada Hospital Labuan selepas sumbangan fasa pertama yang telah disampaikan pada 7 Jun 2021. 

“Pada awal bulan Jun, Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) tertinggi di Malaysia iaitu 1.55. 

“Manakala pada pertengahan bulan Jun, 7 hari kadar insiden per populasi di Labuan adalah tertinggi pada 291.6 (kadar insiden seluruh negara 119.7),” jelas kenyataan IMARET.

Sejak kemuncak gelombang ketiga yang bermula April 2021, IMARET dilapor telah aktif membantu meningkatkan kapasiti kesihatan di seluruh negara dengan menyumbang keperluan barangan perubatan bernilai RM320,000. 

Di Lembah Klang, lebih 400 sukarelawan IMARET telah ditugaskan untuk membantu tujuh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di lima daerah dan empat pusat pemberian vaksin (PPV) di tiga daerah. 

Melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, IMARET juga turut membantu dalam pemberian vaksin “outreach” kepada pusat penjagaan warga emas di seluruh daerah Petaling. 

“Mulai bulan hadapan, IMARET akan memulakan bantuan dalam program pemberian vaksin outreach kepada kumpulan rentan seperti pesakit terlantar dan juga komuniti orang asli di pedalaman,” kata kenyataan IMARET. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading