MOHAMAD SABU JALANI PEMBEDAHAN

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas.

Perkara tersebut disahkan Pejabat Presiden Amanah yang turut memaklumkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan kecil dan keadaannya kini stabil.

“Insyaallah beliau akan dibenarkan untuk keluar daripada wad pada esok pagi untuk memulakan tugas seperti biasa,” memetik kenyataan tersebut di Facebook.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan Mohamad Sabu sedang terbaring di atas katil hospital.—AlHijrah Online

Leave a Reply