Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP MUNGKIN DISAMBUNG, BANTUAN BERSKALA BESAR DIUMUMKAN ISNIN ATAU SELASA

DALAM NEGARA

PKP MUNGKIN DISAMBUNG, BANTUAN BERSKALA BESAR DIUMUMKAN ISNIN ATAU SELASA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tamat esok dijangka akan dilanjutkan.

Menurutnya, fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu diteruskan bagi mencapai jumlah kes positif COVID-19 kurang daripada 4,000 kes.

“Sekarang mereka kata PKP dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita taksebut PKP, kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap. Kita masih di fasa pertama PPN dan akan dilanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif secara menyeluruh kepada lebih 12 juta isi rumah yang terkesan, pada Isnin atau Selasa nanti.

Memetik laporan BERNAMA, Muhyiddin berkata bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak).

“Perinciannya akan saya maklumkan esok (Isnin) atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading