IMIGRESEN BUKA KAUNTER KHAS UNTUK KELANCARAN DOKUMENTASI JEMAAH HAJI
“Pembukaan kaunter khas di Gate C17 ini adalah suatu inisiatif bagi memberi keselesaan kepada jemaah haji tanpa perlu bersesak-sesak dengan penumpang lain. Ini termasuk dalam Program Pra-Pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ yang melibatkan Jabatan Imigresen dan kastam Arab Saudi,”
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh melakukan tinjauan di kaunter khas Imigresen di Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. —fotoBERNAMA
SEPANG: Jabatan Imigresen akan membuka 10 kaunter khas mulai Ahad ini hingga 21 Jun bagi melancarkan proses dokumentasi jemaah haji Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Ruslin berkata seramai 30 anggota imigresen akan ditugaskan secara syif sepanjang tempoh tersebut.
“Pembukaan kaunter khas di Gate C17 ini adalah suatu inisiatif bagi memberi keselesaan kepada jemaah haji tanpa perlu bersesak-sesak dengan penumpang lain. Ini termasuk dalam Program Pra-Pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ yang melibatkan Jabatan Imigresen dan kastam Arab Saudi,” katanya.
Katanya, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Arab Saudi melalui 102 penerbangan mulai Ahad ini.
Pelaksanaan ‘Makkah Route’ membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Mekah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa setibanya di lapangan terbang negara itu.
Menerusi inisiatif itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.
Malaysia merupakan negara pertama yang terpilih untuk melaksanakan program perintis bagi inisiatif ‘Makkah Route’ pada 2017 dan ia diteruskan hingga kini.
Ruslin berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap persediaan anggota dan peralatan di kaunter terbabit dan akan ditambah baik sekiranya diperlukan kelak.
“Kita tidak mahu jemaah haji sesak di kaunter khas kita dan menyebabkan urusan imigresen di pihak Arab Saudi terganggu,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.