Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDUSTRI MEDIA PERLU SERIUS BINCANG POTENSI, ANCAMAN TEKNOLOGI SEMASA

UTAMA

INDUSTRI MEDIA PERLU SERIUS BINCANG POTENSI, ANCAMAN TEKNOLOGI SEMASA

Cabaran teknologi semasa yang berupaya menggugat peranan dan fungsi organisasi media di Malaysia wajar dibincangkan segera di peringkat pengamal industri itu, termasuk menerusi badan-badan berautoriti yang dinaungi pihak kerajaan.

PUTRAJAYA: Cabaran teknologi semasa yang berupaya menggugat peranan dan fungsi organisasi media di Malaysia wajar dibincangkan segera di peringkat pengamal industri itu, termasuk menerusi badan-badan berautoriti yang dinaungi pihak kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, senario masa kini yang mula menyaksikan pengaplikasian teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), serta dominasi media sosial perlu diangkat sebagai topik perbincangan semasa, sesama pengamal industri media tempatan.

“Perlu dibincangkan sejauh mana kebergantungan media arus perdana terhadap platform digital seperti Facebook, TikTok, yang mungkin memberi implikasi yang kurang baik terhadap kelangsungan industri media tempatan.”

Namanzee ditemui Alhijrah Online selepas menjadi ahli panel forum bertajuk Evolusi Media Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya hari ini.

Turut diundang sebagai ahli panel adalah bekas Pengerusi TV3 dan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Khalid Ahmad dan Pengerusi Eksekutif Free Malaysia Today (FMT), Datuk Nelson Fernandez.

Mengulas lanjut, Namanzee mengambil contoh sekatan sementara oleh pihak TikTok ke atas lebih 20 syarikat media tempatan pada Februari lalu, susulan paparan isu yang dikatakan kontroversi kerana melibatkan perlakuan cabul ke atas kanak-kanak.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengulas perkara itu menyifatkan kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri boleh tersasar, dan ia perlu memahami bahawa pelaporan berita sesebuah organisasi media adalah berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh pemilik akaun peribadi.

Perkara itu memaksa pihak Kementerian Komunikasi melalui SKMM mendapatkan penjelasan daripada pihak TikTok kerana sekatan yang dikenakan itu turut menjejaskan pendapatan syarikat media terbabit.

Sementara itu, Namanzee menzahirkan ucapan terima kasih di atas komitmen oleh kerajaan yang kini proaktif dalam menghimpunkan barisan pengamal media profesional termasuk menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM), dalam usaha memperkasakan industri media negara yang kini berdepan pelbagai cabaran semasa rentas sempadan.

“Kita berterima kasih kerana kerajaan sentiasa komited untuk mendengar dan menyelami permasalahan industri media negara, selain mengumpulkan pemain-pemain industri media dan membentuk MMM yang antara lain mengemukakan pelbagai syor bagi pembentukan Dasar Media Negara.” – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading