Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INGKAR KUARANTIN: PESALAH AKAN TERUS DIHERET KE MAHKAMAH

DALAM NEGARA

INGKAR KUARANTIN: PESALAH AKAN TERUS DIHERET KE MAHKAMAH

Sumber imej: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiada lagi kompaun diberikan kepada mereka yang melanggar atau sengaja ingkar perintah kuarantin, sebaliknya pesalah akan terus dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan serius dan tidak akan berkompromi lagi dengan individu yang degil.

“Sesiapa yang masih dalam kuarantin, pakai gelang kuarantin atau wrist band ini. Kalau sengaja keluar, tindakan tegas diambil dan mereka tidak lagi akan diberi kompaun, tetapi akan dihadapkan ke mahkamah. Hukuman adalah bergantung kepada mahkamah itu sendiri, mereka boleh dipenjara, mereka boleh didenda.”

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau mengulas tentang individu pertama yang mencetus kluster Sivagangga hingga menjadi super spreader yang dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.

Angkara lelaki berkenaan yang ingkar dengan perintah kuarantin itu menyebabkan beberapa kampung di Kedah dan Perlis terpaksa dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO).

Datuk Seri Ismail Sabri dalam pada itu turut memaklumkan, sejak 27 Julai hingga 12 Ogos lalu, seramai 270 individu yang dikuarantin di rumah telah diambil tindakan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading