Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INISIATIF BANTU MURID TERCICIR PDPR, SK CHE DERIS SUMBANG TELEFON PINTAR

DALAM NEGARA

INISIATIF BANTU MURID TERCICIR PDPR, SK CHE DERIS SUMBANG TELEFON PINTAR

KOTA BHARU: Sekolah Kebangsaan (SK) Che Deris, Kota Bharu mengambil pendekatan dengan menyumbang telefon pintar kepada murid kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurut Guru Besar SK Che Deris, Mohammad Fadzil Mat Il, kebanyakkan murid sekolahnya daripada keluarga kurang berkemampuan dan kurang mampu memiliki telefon pintar untuk mengikuti PdPR secara dalam talian.

Tambah Fadzil, pihak sekolah sudah mengesan dan mengambil maklumat murid-muridnya yang keluarganya kurang berkemampuan dimana tidak memiliki kemudahan telefon pintar.

“Saya mengharapkan pelajar-pelajar yang dapat kita kenal pasti susah, diberikan sumbangan telefon pintar untuk mereka dapat belajar dengan lebih sempurna dan tersusun,” katanya.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah tersebut dalam usaha mengumpulkan dana dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Che Deris untuk pemberian telefon pintar bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya harap mana-mana individu atau badan bukan kerajaan (NGO) boleh turut bersama dengan kami,” katanya semasa menyampaikan sumbangan telefon pintar dan bantuan persekolahan kepada sebuah keluarga di Kampung Tunjong Baru, di sini.

Ujar Fadzil, kaedah PdPR buat masa ini merupakan kaedah terbaik bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah, namun pihaknya tidak boleh berpeluk tubuh sebaliknya perlu berusaha untuk membantu murid-murid agar tidak tercicir dalam pelajaran.

Orang ramai yang ingin membantu dalam memberikan sumbangan telefon pintar untuk murid SK Che Deris boleh menyalurkan sumbangan anda kepada PIBG SK Che Deris melalui akaun Bank Islam bernombor 03018010144382 .—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading