KAFA DI TV ALHIJRAH AKAN BERMULA 1 FEBRUARI

KUALA LUMPUR: Slot Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di TV AlHijrah atau KAFA D’ HIJRAH akan bermula pada 1 Februari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Isnin.

“Teruskan menyokong kami.

“InsyaAllah, pelancaran Kelas KAFA pada 1 Februari ini,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada persoalan pengikutnya di Twitter berhubung tarikh mula siaran slot KAFA berkenaan.

Khamis lalu, Zulkifli memaklumkan TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memperkenalkan slot KAFA TV AlHijrah bagi memudahkan pendidikan agama untuk pelajar.

Penerbitan program itu juga kerana kekhuatiran murid KAFA tercicir pelajaran disebabkan tidak mempunyai telefon pintar, komputer riba atau komputer di rumah selain masalah capaian Internet. —AlHijrah Online

One comment

  • Dr Syed Mohammad Salleh Alzawawi

    Mabruk Ya Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. KAFA on TV… Kudos to you Dato.

Leave a Reply