Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TERSEPIT DALAM KERETA LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

WANITA TERSEPIT DALAM KERETA LANGGAR POKOK

KUALA NERUS: Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok di Kampung Wakaf Tembesu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.50 malam, mangsa Fadzihah Zepari, 35, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Mangsa yang memandu bersendirian menaiki kereta jenis Perodua Alza dipercayai terbabas mengakibatkan kenderaannya melanggar sebatang pokok sebelum kakinya tersepit.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 (PBK II) Mohd Zulkifli Abdullah berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus tiba di lokasi kejadian pada pukul 8 malam.

“Pergerakan mangsa agak terbatas, kita terpaksa mengeluarkan mangsa dengan berhati-hati untuk mengurangkan risiko daripada lebih cedera parah.

“Kita menggunakan peralatan khas iaitu peralatan ‘rescue cutter’ bagi memotong dan juga mengumpil bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” katanya.

Tambahnya, bomba mengambil masa selama 15 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan mengumpil pintu bahagian pemandu menggunakan alat pemotong.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu (HSNZ) dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan rawatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading