INKUES ZARA QAIRINA: PATUNG SIMULASI KAKI PATAH, KEPALA TERCABUT DIKEMUKAKAN DI MAHKAMAH
Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini.
Patung berkenaan yang dibungkus dalam dua bungkusan warna coklat, dibuka Inspektor Siasatan Tempat Kejadian Maidon Bernadus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.
Saksi kelima itu, menunjukkan keadaan patung yang rosak, iaitu di kedua-dua kaki kiri dan kanan patah serta kepala patung tercabut akibat dijatuhkan dari tingkat tiga asrama berkenaan pada 3 Ogos lepas.
Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama pasukannya menjalankan dua simulasi menggunakan patung berkenaan, iaitu pertama dijatuhkan secara tegak lurus dari koridor tanpa tolakan, manakala kedua dengan tolakan minimum ke hadapan.
Beliau berkata secara keseluruhan, hasil daripada simulasi mendapati, simulasi pertama, iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa hasil siasatan awal, yang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas diberikan pada awalnya.
Ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, Maidon menjelaskan simulasi itu dibuat di tingkat tiga susulan taklimat yang diterimanya daripada pegawai penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung.
“Melalui siasatan awal Inspektor Wong, menurut saksi kedudukan terakhir Zara Qairina dipercayai berada dalam tandas (di tingkat tiga) yang berhadapan dengan koridor,” katanya.
Saksi itu berkata bahagian pinggang sehingga ke bawah patung dibalut dengan batu-bata menggunakan pita pelekat yang mempunyai lambang forensik, dan batu-bata difikirkan sesuai bagi menyerupai berat fizikal si mati, iaitu 53 kilogram.
Dalam pernyataan saksi, Maidon berkata berat asal patung itu ialah 10 kilogram, namun ditambah pemberat menggunakan batu-bata untuk menyerupai berat fizikal remaja berkenaan.
Berhubung soalan peguam mengapa patung 180 sentimeter digunakan sedangkan ketinggian Zara Qairina 153 sentimeter, saksi itu berkata ini kerana beliau tidak dapat mencari patung yang sama tinggi dengan mangsa.
Shahlan: Ketinggian patung lebih kurang 180 sentimeter, iaitu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian fizikal si mati (153 sentimeter). Bagaimana perbezaan ketinggian ini boleh memberi kesan kepada pusat graviti dan jarak jatuhan?
Setelah saksi selesai memberi keterangan, mahkamah memerintahkan patung itu disimpan dalam milikan polis.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung dengan saksi keenam, iaitu pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papa, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests