Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘INTERAKTIF HAJI’ RUANG BERTANYA SERTA PANDUAN MENGHINDARI KESALAHAN DALAM BERIBADAH

DALAM NEGARA

‘INTERAKTIF HAJI’ RUANG BERTANYA SERTA PANDUAN MENGHINDARI KESALAHAN DALAM BERIBADAH

KUALA LUMPUR: Menjelang musim haji tidak lama lagi TV AlHijrah memainkan peranan membantu bakal duyufurrahman dengan program terbaru, Interaktif Haji yang akan bersiaran setiap hari mulai 14 April 2025, jam 9 malam.

KUALA LUMPUR: Menjelang musim haji tidak lama lagi TV AlHijrah memainkan peranan membantu bakal duyufurrahman dengan program terbaru, Interaktif Haji yang akan bersiaran setiap hari mulai 14 April 2025, jam 9 malam.

Program ini akan dikendalikan tiga individu berpengalaman dalam bidang haji dan umrah iaitu, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustazah Ayu Suhana Merican, dan Ustazah Yusnah Yusuf yang akan memberi penerangan dan panduan berkaitan ibadah haji.

Mereka akan menjawab pelbagai persoalan yang sering membelenggu bakal jemaah, terutama melibatkan isu fiqh, prosedur semasa di Tanah Suci serta cabaran emosi dan fizikal sepanjang ibadah dilaksanakan.

Menariknya, musim kali ini turut memperkenalkan elemen interaktif secara digital melalui siaran langsung di platform TikTok dan Facebook, yang membolehkan penonton mengemukakan soalan secara langsung dan dijawab secara terus.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara penonton dan penyampai, malah menjadikan program ini lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan bakal jemaah.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah ‘Langkah Awal ke Baitullah’, ‘Kenapa Pentingnya Ilmu Sebelum Menunaikan Haji?’, ‘Batasan Ihram Dan Adab Di Bumi Haramain’, ‘Kesilapan Biasa Jemaah Haji’, ‘Serta Ujian Dan Kesabaran Sepanjang Perjalanan Haji’.

Melalui gabungan penyampaian ilmiah, bimbingan rohani, serta teknologi interaktif, program terbaru ini dapat menjadi platform tambahan buat jemaah haji terpilih dan umat Islam lain mendapatkan pencerahan dan ilmu sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Saksikan Interaktif Haji setiap hari mulai 14 April 2025, jam 9 malam hanya di TV AlHijrah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    5 May 2025 at 9:28 PM

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya ingin bertanya berkenaan maksud pakaianan berjahid untuk lelaki adakah termasuk sekali kasut/sandle yang berjahit juga tidak dibenarkan.
    Terimakasih ustaz

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading