Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRAN CADANG MEKANISME KHUSUS REKOD JENAYAH ISRAEL

DUNIA

IRAN CADANG MEKANISME KHUSUS REKOD JENAYAH ISRAEL

Iran menggesa penubuhan mekanisme khusus di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mendokumentasikan dengan lebih terperinci mengenai jenayah yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Gambar fail (AFP)

TEHRAN: Iran menggesa penubuhan mekanisme khusus di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mendokumentasikan dengan lebih terperinci mengenai jenayah yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Gesaan itu disuarakan Menteri Kebudayaan Mohammad Mehdi Esmaili ketika berucap pada sesi tergempar Persidangan Menteri Penerangan Islam yang diadakan di Istanbul, Turkiye pada Sabtu, lapor Agensi Berita Iran IRNA.

“Kita boleh mengumpul bukti kukuh untuk mendapatkan keadilan melalui kaedah undang-undang dan memastikan mereka bertanggungjawab atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai sebahagian daripada cadangan Iran untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza selepas serangan berterusan rejim Israel.

Menteri itu turut mencadangkan supaya media dalam kalangan negara anggota OIC mempertingkatkan kerjasama dalam usaha mengekang maklumat salah yang disebarkan Israel. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading