Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISMAIL SABRI SAMBUNG BERI KETERANGAN JUMAAT – AZAM

DALAM NEGARA

ISMAIL SABRI SAMBUNG BERI KETERANGAN JUMAAT – AZAM

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kembali menyambung memberi keterangan kepada SPRM pagi esok.

“Ya (akan dipanggil semula), 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada 9.46 pagi dan selepas hampir lima jam memberi keterangan, beliau dilihat meninggalkan pejabat itu pada 3.13 petang, serta menyatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sehingga siasatan membabitkannya selesai.

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Wang tunai itu dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya baht, riyal, paun sterling, won, euro, Franc Swiss dan yuan, manakala 16 kilogram jongkong emas tulen yang turut disita dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading