ISMAIL SABRI TERIMA ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PERUBATAN DARI UNIVERSITI NIHON
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.
Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti berkenaan di bandar raya Itabashi, satu daripada pusat bandar yang terletak dalam metropolis Tokyo, ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.
Menyatakan penghargaannya menerima anugerah berkenaan, Ismail Sabri berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik COVID-19.
“Sesungguhnya anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik COVID-19 dengan cara sendiri,” katanya dalam ucapan penerimaan anugerah itu.
Mengimbau ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Ismail Sabri berkata beliau diamanahkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan pada Mac 2020 yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik COVID-19.
Bermula detik itu, katanya seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama iaitu agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak berkenaan.
“Peperangan menentang COVID-19 ini, merupakan sesuatu yang besar dan mencabar,” katanya.
Berkongsi pengalaman Malaysia memerangi pandemik COVID-19, Ismail Sabri berkata segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak itu dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.
Beliau juga berkata kerajaan terpaksa bertindak tegas pada peringkat awal dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja.
“Kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat Keluarga Malaysia mesti diselamatkan,” katanya.
Ismail Sabri berkata Malaysia sudah hampir berjaya, dengan Malaysia mulai 1 April sudah membuka pintu sempadan dan mulai 1 Mei pula, prosedur operasi standard dilonggarkan seperti pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di kawasan tertutup dan tiada lagi penjarakan fizikal dan ia membolehkan semua sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.
“Inilah hasil strategi kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan kawalan pergerakan serta sokongan penuh daripada rakyat akhirnya kita berjaya melandaikan lengkung jangkitan pandemik COVID-19,” katanya.
Menurutnya, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik COVID-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.
Kato dalam kata-kata penghargaannya mengakui Ismail Sabri memainkan peranan penting dalam menangani pandemik COVID-19 dan memberi keutamaan kepada kehidupan dan kesihatan rakyat.
Ini telah menyumbang dengan ketara kepada pembinaan kepercayaan dalam kerjasama perubatan antarabangsa dan peningkatan teknologi dalam diagnosis dan rawatan jarak jauh serta latihan pemulihan fungsi, katanya.
“Pencapaian sedemikian amat dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia,” kata Kato sambil menambah bahawa Ismail Sabri telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked