ISRAEL AKUI PERTEMPURAN DI JABALIA ANTARA PALING SENGIT
Komander Israel memberitahu media tempatan bahawa Jabalia adalah lokasi konfrontasi “paling ganas” kerana pejuang Palestin menggunakan kelebihan lorong sempit di celahan runtuhan dan kem pelarian untuk melancarkan serangan dengan bom tangan roket dan alat letupan.
Gambar yang dikeluarkan oleh tentera penjajah Israel pada 18 Mei 2024 menunjukkan tentera Israel semasa operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza. -foto AFP
KAHERAH: Pertempuran antara tentera Israel dengan pejuang Hamas di Jabalia, utara Gaza menjadikannya pertempuran paling sengit sejak rejim Zionis kembali ke kawasan itu seminggu lalu.
Tentera Israel menyifatkan pertempuran di Jabalia antara perang paling sengit setakat ini, kerana pejuang Palestin mengekalkan kadar serangan harian tertinggi mereka, menurut pemantau.
Institut Kajian Perang (ISW) dan Projek Ancaman Kritikal (CTP) berkata, komander Israel memberitahu media tempatan bahawa Jabalia adalah lokasi konfrontasi “paling ganas” kerana pejuang Palestin menggunakan kelebihan lorong sempit di celahan kem pelarian untuk melancarkan serangan dengan bom tangan roket dan alat letupan.
Gambar yang dikeluarkan oleh pejuang Hamas dalam Telegram rasminya.
Bukan hanya di utara Gaza, pejuang Palestin juga dilaporkan bertempur dengan tentera Israel di Rafah, selatan Gaza, juga dalam beberapa pertempuran sengit.
Hamas yakin rakyat Palestin akan terus berdepan pencerobohan darat termasuk di Rafah dan tempat lain, tidak kira berapa lama pencerobohan itu berlarutan.
Semalam, pejuang Palestin melancarkan 22 serangan ke atas tentera Israel di Jabalia dan Hamas berkata serangan mereka memaksa musuh menukar laluan bekalan “berkali-kali” di kawasan Jabalia, kata badan pemikir pertahanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Tentera Israel juga meneruskan operasi di timur Rafah semalam, manakala pejuang Palestin di bandar itu menggunakan roket dan mortar untuk menyerang “kedudukan komando Israel”, kata pemantau perang.
Media turut melaporkan Komander Briged Jenin, Islam Khamaysa terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan peluru berpandu Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut penduduk, kereta perisai Israel memasuki sehingga ke pasar di tengah Jabalia dan kem pelarian kelapan terbesar di Gaza.
Tentera Zionis turut merobohkan rumah dan kedai di sepanjang jalan menggunakan jentolak.
“Kereta kebal dan pesawat perang memusnahkan kawasan kediaman, pasar, kedai, restoran. Semuanya berlaku di depan dunia yang buta,” kata Ayman Rajab, seorang penduduk di barat Jabalia.
Israel berkata, tenteranya “membersihkan” Jabalia beberapa bulan sebelum itu dan kembali ke kawasan berkenaan bagi menghalang pejuang berkumpul semula.
Video yang disiarkan pejuang Hamas melalui aplikasi Telegram menunjukkan pertempuran Hamas dengan tentera penjajah Israel di Jabalia.
Di selatan Gaza yang bersempadan dengan Mesir, kepulan asap tebal kelihatan di Rafah, di mana serangan Israel semakin meningkat menyebabkan ratusan ribu orang melarikan diri daripada beberapa tempat perlindungan yang masih ada.
“Orang ramai ketakutan dan mereka cuba melarikan diri,” kata Jens Laerke, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Geneva, sambil menambah kebanyakannya mengikuti arahan untuk bergerak ke utara pantai tetapi tiada laluan atau destinasi selamat.
Ketika pertempuran memuncak, tentera Amerika Syarikat (AS) berkata trak mula mengalihkan bantuan dari jeti sementara ke darat, yang pertama sampai ke Gaza melalui laut.
Program Makanan Sedunia yang menjangkakan makanan, air dan bekalan perubatan tiba melalui laluan laut itu, berkata, bantuan sudah dibawa ke gudang mereka di Deir Al Balah di tengah Gaza dan memaklumkan ia sudah sedia untuk diedarkan.
PBB sebelum ini mengulangi bahawa konvoi trak melalui darat yang terganggu bulan ini disebabkan serangan ke atas Rafah adalah cara paling berkesan untuk mendapatkan bantuan.
“Untuk mengelakkan kebuluran semakin meruncing, kita mesti menggunakan laluan terpantas untuk sampai ke penduduk Gaza dan disebabkan itu kita memerlukan akses melalui darat sekarang,” kata timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq.
Bantuan AS tiba di Cyprus untuk penghantaran ke Gaza melalui jeti baharu, kata Washington.
Hamas menuntut penamatan kepungan dan mendakwa Washington bersubahat dengan dasar Israel yang menggunakan kebuluran dan sekatan.
White House berkata, penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan akan melawat Israel esok dan menekankan keperluan serangan yang disasarkan terhadap Hamas dan bukannya serangan besar-besaran ke atas Rafah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.