Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI MUAT NAIK UGUTAN BUNUH IBU BAPA SELEBRITI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI MUAT NAIK UGUTAN BUNUH IBU BAPA SELEBRITI

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kemunting, Perak semalam, susulan laporan dibuat oleh penyanyi berusia 26 tahun itu pada 15 Mei, yang menyatakan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan susulan kes ugutan jenayah terhadap ibu dan bapa seorang selebriti, di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kemunting, Perak semalam, susulan laporan dibuat oleh penyanyi berusia 26 tahun itu pada 15 Mei, yang menyatakan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan selebriti berkenaan membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial, yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading