Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA KE ATAS GAZA

DUNIA

ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA KE ATAS GAZA

BAITULMAQDIS: Tentera Israel berkata mereka melakukan serangan balas udara ke Semenanjung Gaza malam semalam pada hari kedua keganasan rentas sempadan berturut-turut.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan helikopter itu menyerang infrastruktur di utara Gaza yang digunakan untuk aktiviti bawah tanah Hamas, gerakan Islam Palestin di Gaza.

Agensi berita Xinhua melaporkan serangan udara terbabit adalah tindak balas terhadap letupan belon yang dilancarkan awal Khamis dari kawasan Palestin ke tanah jajahan Israel.

Media tempatan melaporkan, belon itu meletup berhampiran kubu tentera, sekitar pagar sempadan yang memisahkan Israel dan kawasan berhampiran Palestin.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan.

Pada malam Rabu, jet pejuang Israel menyerang kilang senjata dan kubu tentera Hamas di Gaza selepas mendakwa kumpulan terbabit melancarkan empat roket ke arah Israel.

Tidak jelas kumpulan mana yang melancarkan roket itu, tetapi tentera mendakwa serangan itu dilakukan Hamas.

Keganasan itu berlaku sebulan selepas gencatan senjata tidak rasmi dicapai antara Israel dan Hamas hasil rundingan antarabangsa diketuai Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading