ISRAEL RAMPAS TANAH PALESTIN LAGI

TEL AVIV : Israel mengeluarkan notis untuk merampas ribuan meter persegi tanah persendirian milik penduduk Palestin di Tebing Barat.
Ghassan Daghlas, pegawai Palestin yang bertanggungjawab dalam memantau kegiatan pengembangan penempatan Israel, mengatakan bahawa beratus-ratus tanah Palestin akan dirampas dari bandar dan desa di wilayah Salfit yang dijajah Israel, demikian menurut laporan Pusat Informasi Palestin, semalam.
Memetik laporan Press TV, tentera rejim Israel beberapa bulan kebelakangan ini, merampas beribu-ribu tanah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis untuk membina jalan, dinding, dan unit perumahan bagi peneroka haram.
Di samping itu, pihak berkuasa Israel dengan secara paksa telah menghancurkan beratus rumah dan struktur serta memusnahkan beribu-ribu pokok zaitun dan kelapa sawit milik rakyat Palestin.
Kumpulan Peace Now pada awal tahun ini mengatakan angka yang dikumpulkan dari sumber rasmi Israel menunjukkan peningkatan dalam pembinaan kediaman unit peneroka pada 2018 dan peningkatan mendadak dalam perancangan pembinaan masa depan.
Israel melancarkan satu usaha penyelesaian baru di Tebing Barat sejak Presiden Donald Trump berada di tampuk kuasa pada awal 2017.
Kurang sebulan sebelum Trump mengambil jawatan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerapkan Resolusi 2334, menyeru Israel untuk “menghentikan sepenuhnya semua aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur”.
Kira-kira 600,000 penduduk Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang dibina sejak 1967.
Palestin menginginkan Tebing Barat sebagai sebahagian negaranya yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. — Terjemahan AlHijrah Online