Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TUTUP PUSAT PEMERIKSAAN UTAMA DI SELATAN TEBING BARAT

DUNIA

ISRAEL TUTUP PUSAT PEMERIKSAAN UTAMA DI SELATAN TEBING BARAT

Tentera Israel pada Ahad menutup pusat pemeriksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit.

Gambar fail (AFP)

BETHLEHEM,PALESTIN: Tentera Israel pada Ahad menutup pusat pemeriksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu Agensi Berita WAFA bahawa tentera rejim menutup sepenuhnya pusat pemeriksaan itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kelewatan yang tidak dijangka.

Penutupan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan Israel terhadap kebebasan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, sejak tercetusnya pencerobohan rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading