Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTANA PAHANG NAFI ISTIADAT PERKAHWINAN BABITKAN TENGKU HASSANAL

DALAM NEGARA

ISTANA PAHANG NAFI ISTIADAT PERKAHWINAN BABITKAN TENGKU HASSANAL

KUANTAN: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. — Bernama

KUANTAN: Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal. 

“Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan, dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain portal tersebut, beliau berkata orang ramai boleh merujuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube yang hanya menggunakan nama akaun ‘Kesultanan Pahang’.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading