KAJANG: Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam sebuah bagasi di tepi jalan berhampiran dengan kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, Kajang adalah lelaki.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata mayat lelaki terbabit ditemui tanpa sebarang pengenalan diri.
“Hari ini pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengesahkan telah menerima maklumat daripada orang awam berkenaan dengan penemuan satu beg bagasi yang dalam keadaan mencurigakan dan berbau busuk di kawasan terlibat.
“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka akan dijalankan pada 11/12/2024 jam 9.00 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes ASP Umesh a/l Ratna Kumar di talian 012-6114900. — AlHijrah Online
Pingback: MAYAT DITEMUI DALAM BAGASI – ALHIJRAH ONLINE