Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KENAIKAN YURAN TABIKA, TASKA KEMAS TAHUN DEPAN

DALAM NEGARA

TIADA KENAIKAN YURAN TABIKA, TASKA KEMAS TAHUN DEPAN

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.

KEMAS dalam kenyataan hari ini menjelaskan laporan berita sebelum ini yang bertajuk “Yuran TASKA dan TABIKA meningkat hingga 25 peratus?” serta visual yang memaparkan rakaman di dalam TABIKA KEMAS telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke premis berkenaan.

“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran bagi sesi persekolahan tahun depan. Kerajaan MADANI melalui KEMAS sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan premis KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan yuran Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan TASKA seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Feb tahun depan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya di talian 03-88912682.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading