Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI CIKGU DIN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ISTERI CIKGU DIN MENINGGAL DUNIA

Isteri kepada guru Mohammad Izzuddin Izhar, 34, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din, yang tular di media sosial kerana diuji dengan masalah kesihatan, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, semalam.

Sumber Gambar: Media Sosial

KOTA BHARU: Isteri kepada guru Mohammad Izzuddin Izhar, 34, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din, yang tular di media sosial kerana diuji dengan masalah kesihatan, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, semalam.

“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir pukul 9 (malam) tadi. Saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang-hutang beliau (Allahyarham) mohon beritahu saya,” kongsi Cikgu Din menerusi hantaran WhatsApp.

Pada Oktober lepas, pengguna Facebook Harima Abd Rahman berkongsi kisah Cikgu Din yang dibelenggu resah dan harapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Guru yang bertugas di Sarawak itu juga sanggup berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isterinya, namun membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isterinya semakin memburuk.

Bagaimanapun, permohonan berkenaan tidak berjaya atas alasan EgTukar (modul pertukaran guru) hanya boleh dibuka kepada guru tetap yang sudah berkhidmat selama tiga tahun dan didakwa perkara itu juga menyebabkan Cikgu Din menghadapi masalah kemurungan.

Hantaran berkenaan tular sehingga mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mengeluarkan arahan untuk menempatkan beliau di sekolah berhampiran dengan arwah isterinya.

Sementara itu, Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham.

“Menerima perkhabaran duka perihal pemergian ke Rahmatullah Allahyarhamah Nur Atiqah My Yusoff, isteri kepada Cikgu Mohammad Izzuddin Izhar (Cikgu Din) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok di Kanowit, Sarawak,” ujar beliau menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading