POLIS BUNUH PELAJAR: ABAH SAKIT… ABAH SAKIT! MATA TAK NAMPAK – BAPA
Selepas mendengar jeritan itu, Muhd Zamrie yang juga pesara tentera berasa amat terkejut sebelum beliau bersama anak perempuannya Nur Zawanie, 29, berlari ke tempat kejadian sejauh kira-kira 100 meter sahaja dari restoran miliknya.
IPOH: Bapa pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 56, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anaknya meronta-ronta kesakitan dan mendengar mangsa bercakap “Abah sakit… Abah sakit! Mata tak nampak…”, selepas perlanggaran yang berlaku pada 15 Dis tahun lepas.
Beliau yang merupakan saksi pendakwaan yang ke-19 berkata dia mendengar rintihan kesakitan itu selepas seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati yang tiba-tiba berlari ke restorannya terletak berhampiran lokasi kejadian, meminta tolong dan memaklumkan bahawa Muhammad Zaharif telah dilanggar.
Selepas mendengar jeritan itu, Muhd Zamrie yang juga pesara tentera berasa amat terkejut sebelum beliau bersama anak perempuannya Nur Zawanie, 29, berlari ke tempat kejadian sejauh kira-kira 100 meter sahaja dari restoran miliknya.
“Semasa di tempat kejadian, saya berada di sisi kanan Zaharif manakala Nur Zawanie berada di sisi kiri Zaharif. Keadaan kecederaan Zaharif setakat apa yang saya boleh lihat kecederaan siku berlubang boleh nampak dalam, muka lebam dan peha ada kesan seretan.
“Saya menghampiri Zaharif dan menyatakan,’Ni abah ni…’ sambil melihatnya meronta-ronta kesakitan. Kemudiannya, saya mendengar Zaharif bercakap ‘Abah sakit!, Abah sakit!, mata tak nampak…,’ katanya.
Muhd Zamrie berkata demikian ketika membaca pernyataan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet dalam prosiding perbicaraan yang memasuki hari ke-11 hari ini.
Dalam pada itu, Muhd Zamrie berkata semasa tiba di tempat kejadian, beliau diberitahu oleh beberapa orang dalam kumpulan orang ramai berkenaan bahawa seorang lelaki berpakaian baju warna putih dengan jalur biru di lengannya, adalah pelakunya.
Bagaimanapun saksi itu berkata beliau memberitahu kumpulan orang ramai berkenaan untuk tidak menyentuh dan memukul lelaki terbabit, kerana tidak mahu mengakibatkan sebarang rusuhan.
“Pada masa yang sama, saya nampak seorang perempuan yang mengakui sebagai isteri Mohd Nazri (Mohd Nazri Abdul Razak, 45) datang menghampiri kami.
“Beliau menyatakan ‘Saya minta maaf pak cik, itu suami saya. Dia memang panas baran. Dia tak boleh dengar bunyi rem-rem motor. Saya minta maaf!’,” katanya.
Muhd Zamrie berkata dia melihat anaknya Muhammad Zaharif ketika itu terus meronta-ronta sambil bangun dan baring berulang kali walaupun Nur Zawanie telah memberitahunya untuk tidak berbuat demikian dan selang beberapa minit kemudian, mangsa tiba-tiba senyap dan mula berkelip mata.
Beliau berkata anak perempuannya itu telah meminta Muhammad Zaharif untuk tidak tidur dan menunggu sekejap untuk ambulans datang, sebelum turut memeriksa nadinya.
“Ketika itu, saya dan seorang ustaz sekolah yang berada di kawasan kejadian meminta Zahariff untuk mengucap. Dalam masa yang sama, suami Nur Zawanie telah tiba di tempat kejadian dengan membawa payung dan memayungkan Zaharif,” katanya.
Beliau berkata kemudian dia nampak Muhammad Zaharif Affendi mula merehatkan badannya dan kakinya diluruskan sendiri sambil matanya memandang ke atas sebelum menutupkan mata.
“Pada masa ini, saya bangun dan telah pergi melapangkan jalan untuk memberi laluan kepada ambulans. Kemudian, saya terus pengsan dan tumbang di tempat kejadian. Saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
“Saya sedar beberapa minit selepas itu dan nampak ustaz daripada sekolah di sebelah saya bersama anak perempuan saya bernama Nur Zetty. Pada masa ini, anak perempuan saya telah memberitahu bahawa ‘Adik dah tiada,’” kata Muhd Zamrie.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz bersama Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin Hui, manakala Mohd Nazri diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Mohd Nazri, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Dis 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests