PELAJAR TERKESAN BANJIR DIBERI KELONGGARAN HADIRI UJIAN LISAN SPM
Pelajar yang tidak dapat menghadiri Ujian Lisan Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam akibat banjir diberi kelonggaran untuk mengambil peperiksaan itu hingga Khamis ini.
KUALA LUMPUR: Pelajar yang tidak dapat menghadiri Ujian Lisan Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam akibat banjir diberi kelonggaran untuk mengambil peperiksaan itu hingga Khamis ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah itu bagi memastikan kesemua calon yang terkesan tidak ketinggalan dalam menduduki peperiksaan penting berkenaan.
“Keluwesan (pendekatan fleksibel) itu kita buat sehingga dapat memastikan semua calon dapat menghadiri peperiksaan tanpa sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Wacana Kejayaan Semasa Program Pemberian Baucar Buku MADANI di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM bermula semalam hingga Khamis ini (5 Dis).
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Beliau turut memaklumkan bahawa Ujian Lisan Bahasa Melayu yang bermula semalam berjalan lancar di seluruh negara, termasuk kawasan dilanda banjir dengan pelajar terjejas dipindahkan ke asrama yang dikenal pasti untuk memastikan peperiksaan dapat dilaksanakan mengikut jadual.
“Semalam saya di Kelantan, Ketua Pengarah Pendidikan di Terengganu dan Ketua Setiausaha Kementerian di Kedah. Kami memantau ketiga-tiga negeri ini dengan cukup rapat bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan agensi berkaitan untuk memastikan tiada halangan besar dalam kehadiran calon ke peperiksaan,” katanya.
Mengulas mengenai Ops Payung, Fadhlina berkata operasi berkenaan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang halangan selama dua hari pelaksanaannya setakat ini.
“Tidak ada masalah dalam meneruskan mekanisme untuk memastikan semua, khususnya anak kita dalam keadaan selamat ketika musim peperiksaan ini. Jadi saya sekali lagi ucapkan terima kasih dengan bantuan semua agensi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.