Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LEBIH 4,000 PENYAKIT BERJANGKIT DIKESAN DI PPS SELURUH KELANTAN – DR ZAINI

DALAM NEGARA

LEBIH 4,000 PENYAKIT BERJANGKIT DIKESAN DI PPS SELURUH KELANTAN – DR ZAINI

Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

TUMPAT: Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan adalah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes. 

Beliau berkata penyakit lain termasuk gejala gastroenteritis akut sebanyak 116 kes, konjunktivitis (99) dan demam virus (376). 

“Kesemua kes telah dirawat oleh pasukan perubatan di PPS dan keadaan kini adalah terkawal.

“Kebanyakan kes dikesan di PPS daerah Pasir Mas, Machang dan Tumpat,” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung di sini hari ini.

Dr Zaini berkata beberapa pasukan daripada jabatan telah digerakkan ke seluruh PPS bagi memantau keadaan mangsa banjir, khususnya memeriksa tahap kesihatan mereka yang dijangkiti penyakit daripada berjangkit kepada mangsa banjir lain. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading