Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU KENAIKAN KADAR HOTEL DI MAKKAH, MADINAH AKAN DIBINCANG DENGAN ARAB SAUDI

DALAM NEGARA

ISU KENAIKAN KADAR HOTEL DI MAKKAH, MADINAH AKAN DIBINCANG DENGAN ARAB SAUDI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan berbincang dengan Arab Saudi berhubung isu kenaikan kadar hotel di Makkah dan Madinah yang kini menjadi keresahan ramai jemaah umrah.

Gambar Fail Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan berbincang dengan Arab Saudi berhubung isu kenaikan kadar hotel di Makkah dan Madinah yang kini menjadi keresahan ramai jemaah umrah.

Mohd Na’im yang ketika ini berada di Arab Saudi bagi Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 berkata beliau akan mengemukan isu kenaikan harga itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

“Saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan para jemaah umrah. Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.

“Kami melihat situasi ini adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi. Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah negara Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berharap pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.

Semalam media melaporkan, bakal jemaah umrah diminta bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

Menurut Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kenaikan harga itu berlaku berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading