Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU DAN ANAK MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN BERTEMBUNG

DALAM NEGARA

IBU DAN ANAK MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN BERTEMBUNG

Dua beranak maut di tempat kejadian apabila trak makanan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, kira-kira 90 kilometer dari sini, malam ini. 

IPOH: Dua beranak maut di tempat kejadian apabila trak makanan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, kira-kira 90 kilometer dari sini, malam ini. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sejurus tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit. 

“Akibat pelanggaran itu, pemandu trak berkenaan, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan keluar kedua-dua mangsa tersepit di ruang pemanduan,” katanya dalam kenyataan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading