Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU PAKAIAN SERAGAM POS MALAYSIA SELESAI, CEO KUMPULAN MOHON MAAF

DALAM NEGARA

ISU PAKAIAN SERAGAM POS MALAYSIA SELESAI, CEO KUMPULAN MOHON MAAF

Pos Malaysia Berhad telah mengambil tindakan segera termasuk berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat dalam isu pakaian seragam rosak seterusnya menyelesaikan perkara itu sepenuhnya. 

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad telah mengambil tindakan segera termasuk berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat dalam isu pakaian seragam rosak seterusnya menyelesaikan perkara itu sepenuhnya. 

Menerusi kenyataan di Facebook, Pos Malaysia memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer juga dengan rasa rendah diri telah menyampaikan permohonan maaf kepada kakitangan yang terkesan.

Selain itu, Brewer juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.

“Beliau dengan jujur mengakui bahawa respons beliau seharusnya lebih berempati dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira,” menurut catatan itu.

Pos Malaysia juga sedang menambah baik proses dalaman untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.

Komitmen itu dilakukan untuk memastikan setiap anggota Pos Wira dapat berkhidmat dengan selesa dan penuh keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. 

Baru-baru ini, seorang posmen mengeluh di media sosial mengenai pakaian seragam yang koyak dan berharap mendapat seragam ganti, sebelum Brewer memberi maklum balas yang mendapat perhatian pengguna media sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading