ISU SEMPADAN: ANUTIN HUBUNGI PM, BERI JAMINAN DAKWAAN MENGENAI PERANAN MALAYSIA TIDAK BENAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihubungi secara peribadi oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul, yang memberi jaminan bahawa dakwaan mengenai peranan Malaysia dalam isu sempadan negara itu dengan Kemboja adalah tidak benar dan tidak adil.
NAIROBI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihubungi secara peribadi oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul, yang memberi jaminan bahawa dakwaan mengenai peranan Malaysia dalam isu sempadan negara itu dengan Kemboja adalah tidak benar dan tidak adil.
“Perdana Menteri Thailand menghubungi saya pagi ini untuk memberi jaminan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar,” katanya sambil menegaskan bahawa Putrajaya hanya berperanan sebagai pemudah cara dalam isu sempadan itu.
“Beliau berpendapat bahawa kritikan terhadap Malaysia adalah tidak adil… beliau mengetahui fakta sebenar dan berkata Anwar, jangan risau, kami tahu peranan anda hanya sebagai pemudah cara. Keputusan terletak sepenuhnya di tangan pihak Thailand dan Kemboja.”
Anutin dijadualkan tiba di sini esok.
Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan cara untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Thailand dan Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata beliau tidak terkejut namun berasa kecewa apabila segelintir pihak di Malaysia kelihatan “terlalu ghairah” mengutuk kerajaan walaupun peranan negara dalam isu itu telah dinyatakan dengan jelas.
“Kita dikritik untuk apa? Kita hanya diminta memudah cara bagi memastikan keamanan di rantau ini. Jadi, saya rasa rakyat Malaysia sepatutnya menyambut baik perkara ini, ia bukan soal Anwar seorang sahaja kerana ramai pihak lain turut terlibat.”
Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah ahli politik yang beranggapan bahawa mereka sahaja tahu apa yang terbaik dan bertindak seolah-olah segala keputusan ditentukan oleh seorang individu, sedangkan itu bukan kenyataannya.
“Terdapat Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera.
“Ramai lagi pihak terlibat, menjadikan urusan ini lebih mudah berkat kesediaan Malaysia untuk memudah cara perkara ini,” katanya.
Anwar berkata selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Anutin, beliau akan berlepas ke Sabah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests