ISU SIJIL HALAL: BINCANG DALAM MESYUARAT, TIDAK PERLU TIMBUL KONTROVERSI – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pihak yang ada cadangan dan prihatin berkaitan pensijilan halal, supaya membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat untuk diteliti dan dibincangkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat surau selepas Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan) : R&R Lestari Pertama hari ini. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pihak yang ada cadangan dan prihatin berkaitan pensijilan halal, supaya membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat untuk diteliti dan dibincangkan.
Menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan individu tertentu berkaitan pensijilan halal, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi.
“Ini pandangan individu, kalau ada cadangan, ada concern, bawa dalam mesyuarat dan kita teliti…tak payah jadi begini menimbulkan kontroversi.
“Peraturan perlu dibuat supaya umat Islam tak rasa was-was. Tapi kalau dia (individu itu) rasakan peraturan itu tidak diperlukan untuk beberapa kawasan tertentu, bincanglah secara elok,” katanya selepas merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lestari Pertama di Lebuhraya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban hari ini.
Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Hasni Mohammad.
Perdana Menteri berkata perkara berkaitan agama dan keharmonian yang terbina di negara ini perlu terus terpelihara dengan baik.
Beliau berkata negara juga dalam keadaan baik dari aspek ekonomi dan politik serta mendapat penghargaan dunia yang perlu diberikan perhatian demi pembangunan rakyat keseluruhannya.
“Kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam. Cara dia runding cara elok. Bukan nak tunjuk kehebatan masing-masing. Negara kita dalam keadaan baik sekarang, politik stabil dan penghargaan dunia juga baik, kenapa perkara ini nak dirosakkan?,” katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilapor mempertimbangkan cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kemudian dilapor menyatakan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan seperti itu mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager