Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK KOMPROMI ISU AKIDAH, JAKIM BERTEMU GISB DAPATKAN PENJELASAN – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

TIDAK KOMPROMI ISU AKIDAH, JAKIM BERTEMU GISB DAPATKAN PENJELASAN – MOHD NA’IM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings Sdn Bhd untuk mendapatkan maklum balas serta penjelasan berhubung dakwaan isu-isu berkaitan akidah yang dikaitkan dengan organisasi itu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings Sdn Bhd untuk mendapatkan maklum balas serta penjelasan berhubung dakwaan isu-isu berkaitan akidah yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan akidah umat Islam kerana ia adalah perkara asas dalam agama Islam yang mesti dipelihara setiap masa.

“Apa-apa kegiatan yang diragui dan boleh memesongkan akidah umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat yang berkaitan, untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

“Ini penting sebagai asas dan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri membuat siasatan lanjut.

“Susulan isu yang terkait dengan pihak GISB Holdings, JAKIM telah diarah mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings untuk mendapatkan maklum balas serta penjelasan daripada pihak terbabit,” kata Mohd Na’im.

Pihaknya juga melalui JAKIM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam melakukan siasatan kepada isu yang dikaitkan dengan pihak tersebut.

Sementara itu JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut diminta untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan tentang kepentingan menjaga akidah kepada umat Islam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading