POLIS PANTAU SYARIKAT DISYAKI EKSPLOITASI AGAMA, KANAK-KANAK
BANGI: Polis sedang memantau sebuah syarikat dipercayai berkaitan dengan gerakan agama di negara ini susulan terdapat laporan mengenai aktiviti eksploitasi kanak-kanak.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. — Bernama
BANGI: Polis sedang memantau sebuah syarikat dipercayai berkaitan dengan gerakan agama di negara ini susulan terdapat laporan mengenai aktiviti eksploitasi kanak-kanak.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan itu susulan empat laporan polis diterima di Selangor mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 mengenai eksploitasi kanak-kanak bagi tujuan mengutip dana, derma dan sebagainya.
“Berdasarkan maklumat yang kita dapat, dipercayai syarikat ini menggunakan eksploitasi (kanak-kanak), tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menubuhkan banyak rumah amal untuk mengutip derma dan mereka (pengikut) dikenakan tindakan kuarantin jika melakukan kesalahan kecil.
“Ahli kumpulan ini merangkumi semua termasuk golongan profesional dan pengaruh mereka tersebar luas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Awam Ke-20 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.
Ayob Khan berkata syarikat berkenaan antara lapan organisasi daripada 114 yang dipantau Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut menyenaraikan syarikat itu antara 154 kumpulan ajaran sesat yang dipantau.
Beliau berkata sejak 2022 hingga Ogos lepas, polis telah menerima 80 laporan melibatkan 122 tangkapan berkaitan ajaran sesat di seluruh negara.
“Ini satu proses berterusan dan kita terus memantau selain bekerjasama dengan JAIN dan JAKIM bagi memastikan ajaran sesat dapat dibanteras,” katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dengan wakil syarikat terbabit yang didakwa mengeksploitasi agama dan kanak-kanak.
Sementara itu, Ayob Khan berkata PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Mutimedia Malaysia (MCMC) bagi menyekat dan mendapatkan maklumat mengenai sebarang gerakan ekstremis dan jenayah di platform media sosial antaranya di Telegram.
Beliau mengakui media sosial termasuk Telegram sering disalah guna untuk kegiatan jenayah seperti perjudian dalam talian, pornografi kanak-kanak dan penipuan.
“Tapi isu ini sukar dikawal kerana tidak terikat dan sebab itu kerajaan melesenkan (platform media sosial) untuk memudahkan pemantauan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager