Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM ARAH PENGIMPORT TARIK BALIK PRODUK MAKANAN DARI INDONESIA MENGANDUNGI DNA BABI

DALAM NEGARA

JAKIM ARAH PENGIMPORT TARIK BALIK PRODUK MAKANAN DARI INDONESIA MENGANDUNGI DNA BABI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porsin), mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porsin), mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihak terbabit diarahkan untuk segera menghubungi jabatan itu.

Beliau berkata langkah tersebut sejajar dengan prinsip utama memelihara hak pengguna Muslim dan memastikan integriti sistem pensijilan halal negara sentiasa terpelihara serta diyakini.

“Justeru, JAKIM menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM di pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sirajuddin berkata JAKIM memandang serius pengumuman rasmi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia semalam, berhubung penarikan balik produk makanan didapati mengandungi DNA babi (porsin) daripada pasaran Indonesia.

Beliau berkata JAKIM menyokong penuh tindakan tegas dan proaktif pihak berkuasa Indonesia dalam menangani isu pelanggaran pematuhan pensijilan halal serta aspek keselamatan makanan.

“Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 kelompok daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porsin) melalui analisis makmal.

“Daripada jumlah tersebut, sembilan kelompok daripada tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua kelompok daripada dua produk tidak memiliki sijil halal.

“Sehubungan itu, sebagai langkah pencegahan awal, JAKIM segera melaksanakan tindakan pemantauan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh kepada produk berkenaan jika dikesan berada di pasaran tempatan,” katanya.

Senarai produk tersebut tersenarai di https://bpjph.halal.go.id/detail/siaran-pers. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading