ALOR SETAR: Pembinaan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang tidak sah di Kedah berada dalam pemantauan dan tindakan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wong Chia Zhen berkata perkara itu perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan sensitiviti kaum serta undang-undang sedia ada.
“RIBI yang dibina tanpa kelulusan yang sah sememangnya di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah.
“Antara daerah yang paling banyak mengemukakan permohonan RIBI adalah Kuala Muda dan Kulim. Tidak dinafikan terdapat juga beberapa buah RIBI yang tidak sah di kedua-dua daerah ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.
Wong berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan harmoni dan berhemah dalam menangani isu-isu berkaitan RIBI sedia ada tanpa mengambil tindakan keras secara langsung, sebaliknya menawarkan ruang rundingan dan penyelesaian secara baik serta teratur.
Beliau berkata kerajaan negeri juga memberi penekanan kepada pembinaan RIBI baharu yang mematuhi sepenuhnya garis panduan serta peraturan ditetapkan, bagi menjamin keseimbangan antara pembangunan fizikal dan keharmonian sosial di negeri berkenaan.
Wong berkata sebagai bukti komitmen itu, kerajaan negeri meluluskan lima permohonan tapak tanah kerajaan untuk RIBI melibatkan daerah Kuala Muda pada Mesyuarat Jawatankuasa RIBI yang diadakan pada 13 April lepas.
“Kesemua usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyantuni keperluan masyarakat majmuk tanpa mengetepikan aspek perundangan, perancangan dan keharmonian antara agama,” katanya.
Sementara itu, berkenaan isu Kuil Sri Veerama Kaliaman di Kuarters JKR Tongkang Yard di sini, Wong berkata rumah ibadat itu akan dipindahkan ke lokasi lebih sesuai.
Beliau berkata langkah itu bagi menjamin keselesaan, keselamatan dan memenuhi keperluan perancangan tanah lebih tersusun.
“Beberapa lokasi cadangan telah dikemukakan oleh pihak jawatankuasa kuil, dan kini dalam proses penilaian kesesuaian oleh pihak pentadbir tanah Daerah Kota Setar,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked