Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM NASIHAT PENDAKWAH BEBAS SUPAYA TIDAK KENAKAN BAYARAN TERLALU TINGGI

DALAM NEGARA

JAKIM NASIHAT PENDAKWAH BEBAS SUPAYA TIDAK KENAKAN BAYARAN TERLALU TINGGI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

LABUAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.

“Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu… Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Wakaf untuk membina Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.

Beliau menggesa para pendakwah supaya mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah, di samping mengelak daripada timbulnya persepsi tidak baik terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama.

Dr Sirajuddin berkata bagaimanapun jabatan itu masih belum melihat keperluan untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai bayaran bagi pendakwah, dan keadaan masih terkawal.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading