Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAYASAN HAL EHWAL AGAMA TURKIYE TAWAR BIASISWA PENUH KEPADA RAKYAT MALAYSIA – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

YAYASAN HAL EHWAL AGAMA TURKIYE TAWAR BIASISWA PENUH KEPADA RAKYAT MALAYSIA – MOHD NA’IM

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu.

KUALA LUMPUR: Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata permohonan dibuka sehingga 28 Feb ini, sekali gus memberikan peluang terbaik kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bagi calon berkelayakan, boleh membuat permohonan segera. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan Kedutaan Turkiye atas peluang ini kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Rakyat Malaysia yang ingin memohon boleh melayari laman rasmi DiYANET BURSLARI Scholarships di pautan https://diyanetburslari.tdv.org/en/.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menerusi nota kepada pengarang memaklumkan Tuanku Canselor UM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang dijadual melawat Malaysia esok (Isnin).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading